“Success is getting what you want, happiness is wanting what you get” ― W.P. Kinsella.
RSS

Sunday, 16 June 2013

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 30 April 2013

gigi rongak penangan nak pakai braces **wink

Bulan April ni akhirnya 4 batang gigi aku dah kena cabut yeahhhhh.. orang cakap sakit masa kena cabut gigi, aku tak rasa apa2 pun masa kena cabut memang professional betul Dr. Yuszahanim ni dah lor friendly. Aku sebelum ni memang ngeri kalau nak g klinik gigi lepas aku pakai braces ni aku rasa mcm tak sabar nak jumpa Dr Yuszahanim ni sebab boleh dapat consult free dari doc mcm mana nak jaga gigi dengan betul.. kalau tengok gigi kat cermin sedih pun ada gigi aku dah rongak mana tak nyer 4 batang gigi kena cabut.

bulan ni dah masuk 3 bulan aku pakai braces tapi aku rasa macam dah bertahun hehehe aku dah nampak perubahan sket pada gigi aku ni. tak sabar rasanya nak buka braces ni hehehe.. aku skg dah tak malu nak senyum selebar2nyer walaupun pakai braces, aku rasa more confident sekarang ini. yang penting setiap kali ambil gambar aku mesti sebut tigaaaa supaya senyuman aku nampak menawan gitu hehehe..

bulan ni aku pilih getah colour biru + merah doc siap joke kat aku lagi warna yang aku pilih ni warna wanita umno.. penangan PRU13 katakan hehehe..



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, 14 April 2013

Puding karamel..

Hari ini terasa nak makan puding karamal lak.. google punya google akhirnya humpa blog Azie Kitchen cara dia buat puding karamel amat simple dan nampak sedap. kat sini aku nak share resepi kak azie.

kalau u all nak tengok resepi yang best2 dari kak Azie boleh klik disini

Puding Karamel - Resepi II
Untuk: 20 bekas

1 tin susu pekat manis (kurangkan jika tak suka manis)
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 telur - buang mata
Esen vanilla
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air

Cara cara:
Goreng gula hingga perang. Bila gula bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. 

Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil.

Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati. 

Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus. 

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, 12 April 2013

Cabut gigi untuk pakai braces

Assalamualaikumm semua..

Kali ni aku nak continue cerita pasal pemakaian braces. Semalam sebatang gigi u selamat kena cabut tak sakit pun... setelah 2 bulan aku pakai braces baru gigi aku dicabut.

Specialnyer klinik yang aku pergi ni Doc pakaikan braces dahulu baru cabaut gigi. Aku tanya doc kenapa tak cabut gigi dulu baru pakai braces, apa yang aku research ramai org cerita sebelum pakai braces kena cabut gigi dahulu tapi cara doc ni lain sket. Doc aku bagi tahu, kalau pakai braces dulu gigi senang skit nak cabut. Selama 2 bulan aku memakai braces aku dapat rasa gigi aku dah bergoyang. Memang betul cakap doc ni masa aku nak kena cabut gigi tak rasa apa2 pun. Tak silap aku tak sampai 1 minit gigi dah tercabut. Aku kena cabut 3 batang gigi, 2 batang gigi belah bawah & 1 bantang gigi sebelah atas.

1st appointment untuk cabut gigi ni doc tanya aku nak cabut sebatang dulu atau dua batang terus. Aku ni dah lah penakut so aku bgtau doc nak cabut sebatang dulu tak de lor nampak rongak banyak sangat hehehe.. for the next appointment aku kena cabut 2 batang gigi terus so tak ada lor aku takut sangat sebab memang tak sakit pun cabut gigi hebat betul doc gigi aku ni i salute sama u lah Doc.. next appointment aku pada 20 April ni.

Lepas aku cabut gigi doc terangkan cara2 pengjagaan supaya gusi cepat sembuh. Doc pesan jangan berkumur selama 6 jam selepas cabut gigi takut nanti darah beku tercabut nanti gusi sakit. kalau nak berkumur jangan kuat2 just bilas je mulut tu. doc pesan jugak munim & makan makanan yang sejuk2 supaya gusi cepat kecut.  Lepas darah dah kering aku pun apa lagi g cari minimuan yang sejuk. Aku & member aku g lepak di Secret Recipe aku pun order chocolate belanded supaya gusi aku ni cepat sembuh.




Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, 7 April 2013

Kelebihan Premium Beautiful


 Kelebihan Premium Beautiful berbanding produk lain.


1. Premium Beautiful merupakan PERINTIS / PIONEER kepada pakaian dalam yang mempunyai teknologi Far-Infrared Rays (F.I.R.). Premium Beautiful juga sudah berada di pasaran Malaysia more than 15 years. 

2. SUPERBRAND iaitu Premium Beautiful merupakan pakaian dalam yang paling laris dan terhangat di pasaran kerana Premium Beautiful sangat berkualiti dan tahan lama.

3. Mendapat PENGIKTIRAFAN Persatuan Tulang Belakang Amerika Syarikat dan Canada. 

4. ONE STOP CENTRE – Premium beautiful memiliki segala-galanya. Dicipta dengan berkonsepkan 70% kesihatan + 30% kecantikan = 100% keyakinan. Kesihatan badan akan lebih terjamin, Insya Allah, di samping dapat memecahkan lemak. Premium Beautiful juga dicipta dengan berkonsepkan mesra pengguna, oleh itu, si pemakai akan merasa selamat dengan pemakaian Premium Beautiful. 

5. Kecanggihan TEKNOLOGI datang dari 3 buah negara maju:
a) Amerika Syarikat – Jahitan stereoscopic iaitu jahitan yang tahan regangan. So, that’s why Premium Beautiful nie pakai berapa lamer pon takkan regang.
b) Germany – Fabrik aquatech dan aquadyne, iaitu fabrik di mana ia mampu seimbangkan suhu badan dan tidak meresap peluh. Oleh itu, pemakaian Premium Beautiful untuk jangka masa selama 8 jam sehari tidak akan mengeluarkan sebarang bau.
c) Japan – Teknologi F.I.R 

6. MAMPU dimiliki oleh semua orang.( Bukan lagi dikira sebagai barang mewah tetapi boleh dianggap sebagai barang keperluan yang mesti dimiliki oleh setiap wanita). 

7. Jaminan seumur hidup(LIFE TIME WARRANTY). So, jika ada sebarang kerosakan akan direpair secara Free Of Charge.


All you need to do is to CONTACT ME AND BOOK YOUR APPOINTMENT NOW

Nad
013-3502426
nadeeya.nasir@gmail.com

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, 6 April 2013

Cinta Jangan Pergi

Aku baru je lepas tengok drama CINTA JANGAN PERGI lakonan Tizz Zakiah & Remy Ishak. Chemistry antara tiz & Remy membuatkan aku tertarik dengan cerita ni. Sweet sangat lakonan mereka masa di oversea, aku pun dah start berangan nak macam tiz & remy hehehe. 
Hari ini merupakan Tayangan Perdana Cinta Jangan Pergi so drama ni disiarkan selama 2 Jam. Next week drama ini hanya akan di siarkan selama satu jam pada hari sabtu dari pukul 8.30-9.30 malam di tv9 tak sabar rasanya nak tunggu next week.

Jom kita layan sinopsis CINTA JANGAN PERGI

Kisah Bermula... 
Dengan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir telah merubah segalanya. Lea Soraya dan Kalil dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah bersama. Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali, mereka mula merasa senang dengan kehadiran masing-masing. Bibit cinta mula terbit di hati mereka setelah melalui hari-hari bahagia bersama. Percintaan mereka berlanjutan walaupun setelah mereka pulang ke London. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini terjadi ke atas Kalil. Kehilangan Kalil membuatkan Lea buntu samada untuk terus menunggu Kalil atau melupakan kenangan lalu dan bersama Hudd .

 - See more at: http://apps.tv9.com.my/cintajanganpergi

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nEw Look 0_0

Akhirnya jumpa jugak dengan template yang betul2 menepati cita rasa aku.. TQ pak cik GOOGLE 0_0. Dari pagi hingga petang aku google akhirnya dapat juga template flower ni memang berbaloi2.
Sekiranya ada blogger2 kat luar sana nak guna template cam aku boleh download disini memang terbaekk dari ladang hehehe.

Setiap kali guna Pak cik GOOGLE ni memang tak mengecewakan dari zaman U sampai sekarang.

~TQ pak cik GOOGLE Love u so much :*

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

braces oh braces!!

This is my second entry dah lama tak menulis blog..  kali ini aku nak share tentang braces. first time terlintas dalam fikiran nak pakai baraces masa sekolah menengah tapi aku ni bukan dari family yang berada so simpan je niat nak pakai braces ni sampai sekarang. Alhamdulillah akhir bulan febuary 2013 akhirnya dapat juga aku merasa perasaan apabila memakai braces.

Sebelum pakai braces ni macam biase lor aku mesti tanya pak cik GOOGLE  dulu. Macam2 pandangan orang berkenaan BRACES ni. Ada orang kata sakit lor, susah nak makan, bibir di penuhi dengan ULSER, mahal lor bla bla bla.. tetapi aku nekad nak pakai jugakk bukan semata2 untuk cantik tetapi untuk penghadaman yang sempurna.

Sebelum pakai braces ni 1st aku google adalah klinik gigi mana yang offer pemasangan braces yang paling murah.. Akhirnya aku decided untuk ke klinik pergigian REDHA kerana dekat dengan tempat kerja aku dan yang paling penting senang nak parking kereta hehehehe..  total cost dekat klinik gigi ni tak ada lor mahal sangat iaitu:

Total cost :RM4000
Check up gigi: Free
Deposit: RM1000 (kena bayar masa 1st Appointment)
Monthly: RM150
Scaling: Aku kena dalam RM45 (depend) 

kat sini aku lampirkan detail Klinik gigi yang aku pilih untuk pasang braces..
Next entry aku akan cerita pengalaman aku pakai braces. Adakah sama dengan pengalaman orang lain hehehe.. 

Kilinik Pergigian Redha
Jalan 12/144A,
Taman Bukit Cheras,
56000, Kuala Lumpur

Tel: 03-91003004
Fax: 03-91003005

Open Hour: 9.30 a.m - 7.00 p.m
(Monday - Saturday)


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, 30 November 2012

My 1st entry

Assalamualaikumm..
saya budak baru nak menulis blog, banyak sangat dalam kepala otak ni nak tulis untuk dikongsikan bersama. macam2 kisah aku selama 2 tahun bergelar isteri, kisah kerjayaku dan kisah seharian aku. Kita hendaklah sentiasa bersyukur apa yang telah ALLAH tuliskan untuk kita yang penting kita kena berusaha untuk lebih maju & sentiasa berdoa untuk memperolehi kerjayaan. Setiap manusia ada kisah mereka sendiri termasuk diriku ini. Kita selalu terfikir KALAULAH AKU... umpama angan2 mak jening lak, tapi itulah realitynya kita tak akan puas apa yang telah kita dapat.

Aktiviti hujung minggu ni macam biasalah sebagai seorang isteri bangun kena kemas rumah almaklumlah rumah ni hujung minggu je yang sempat nak kemas kalau hari lain memang tak sempat sampai kat rumah pun dah pukul 7 dah lepas tu nak masak untuk makan malam lak untuk dihidangkan kepada suami tercinta ;)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS